About Us
Jenama Ramun Delights lahir dari nama Felda Bukit Ramun yang terletak di Kulai, Johor. Di daftarkan dengan nama Sri Ramun Food Supplier dan mula aktif sebagai pengusaha makanan sejak lewat 2006. Kini, Ramun Delights merupakan satu jenama produk makanan yang di kenali ramai di sekitar selatan Negeri Johor.
Produk utama Ramun Delights adalah kek dan biskut. Hasil dari penekanan kursus dalam menghasilkan pelbagai jenis produk, kini Ramun Delights mempunyai pelbagai barisan produk makanan kek dan biskut. Ia secara langsung memberi kepuasan kepada pengguna dalam membuat pilihan untuk mendapatkan produk makanan yang enak dan berkualiti.
Dalam memasuki era baru dunia perniagaan, Ramun Delights sangat komited dalam menjalankan R&D (Penyelidikan dan Pembangunan). Ia bertujuan untuk sentiasa terus menghasilkan innovasi produk-produk baru yang bermutu tinggi pada masa akan datang. Tepat dengan matlamat utama syarikat untuk terus menjadi pengusaha makanan halal yang dinamik.
Terima Kasih kerana melayari laman web kami. Kami akan berusaha mengemaskini bahan terkini untuk anda.
Maklum balas anda amatlah kami hargai.
Sila click link-link yang disediakan untuk laman yang seterusnya.
Terima kasih;
